Masakan khas daerah Masakan_Perancis

Foie Gras khas Strasbourg.

Perancis mempunyai khazanah masakan kawasan yang sangat berbeza-beza, di mana setiap warga memasak dengan cara yang berbeza-beza pula.[2][3] Warga di kawasan bandar besar seperti Paris menikmati dengan baik masakan daerah mahupun masakan yang sudah dikenali dalam negara.[1][2] Di sana terdapat banyak restoran-restoran masakan serantau yang menghidangkan masakan dengan rasa seperti dari daerah asalnya.[2] Manakala orang-orang tua dan warga di kawasan luar bandar lebih dekat dengan masakan daerah mereka masing-masing.[1] Namun begitu, banyak masakan khas daerah yang digemari di seluruh negara, contohnya seperti Coq au vin dan Foie Gras, yang mana kualiti, bahan dan cara penyajiannya tetap terbaik di daerah asalnya.[3]

Orang Perancis umumnya sangat faham dalam memilih bahan-bahan khas tempatan yang lebih segar dan berkualiti lebih baik untuk masakan mereka.[3] Contohnya seperti epal segar, beri, bawang, cendawan, labu, dan pic.[1] Daging yang digunakan antara lain adalah ayam, lembu, babi, lembu, bebiri, dan lembu muda.[1] Sedangkan daging hasil buruan banyak dimakan sepanjang musim berburu yang berlaku dari awal musim luruh hingga Februari.[1] Selain itu, setiap daerah memiliki produk anggur dan kejunya masing-masing.[1]

Daerah-daerah pesisir, seperti Brittany dan Normandy di barat laut menggunakan bahan ikan laut dan udang lebih kerap berbanding daerah-daerah di pedalaman.[2][3] Daerah-daerah pengeluar buah-buahan atau herba telah menggabungkan produk mereka dalam masakan.[3] Daerah barat laut banyak menggunakan mentega dan krim masam (crème fraiche) dan buah epal.[3]

Wilayah Perancis Selatan yang beriklim Mediterranean menghasilkan produk cendawan, daging itik, herba, tomato, minyak zaitun dan rebusan kacang dengan daging yang dinamakan cassoulet.[1][2] Daerah Perancis Utara mempunyai hasil-hasil khas pertanian yang melimpah seperti epal, produk susu, daging babi, kentang, sosej dan bir.[1]

  • Alsace-Lorraine

Kawasan Alsace-Lorraine di timur laut Perancis pernah diduduki Jerman dalam jangka waktu lama.[9] Pengaruh masakan Jerman secara jelas dapat ditemui di daerah ini, contohnya warga mereka mengambil masakan yang diacar, daging salai, dan membuat sosej dan bir.[9]

  • Provence
Rencana utama: Masakan Provence

Provence dikenali dengan masakan yang banyak menggunakan bahan minyak zaitun, herba harum dan pedas, tomato, mayonis bawang putih (aioli), dan sos rouille.[2][3]

  • Gascogne

Daerah Gascogne mempunyai jenis masakan yang mendapat pengaruh masakan Sepanyol.[2]

  • Normandie

Daerah Normandie menghasilkan produk-produk susu, krim, mentega dan keju yang berkualiti tinggi.[2]

  • Paris

Daerah Paris dikenali dengan jenis masakan sup bawang pekat dengan potongan keju dan roti panggang.[2]

  • Bordeaux

Warga Bordeaux memiliki masakan khas berupa bawang yang disajikan dengan campuran kuning telur, susu dan krim pekat.[2]

Rujukan

WikiPedia: Masakan_Perancis http://www.cp-pc.ca/english/france/eating.html http://frenchfood.about.com/od/explorefrenchfood/a... http://frenchfood.about.com/od/explorefrenchfood/a... http://frenchfood.about.com/od/regionalspecialties... http://www.france-property-and-information.com/fre... http://www.nytimes.com/2010/11/17/world/17unesco.h... http://www.preferredconsumer.com/food_drink/articl... http://www.voanews.com/indonesian/news/PBB-Nyataka... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Cuisin...